Jawatan Kosong di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Malaysia (YADIM) - Closing Date 25 July 2014
YADIM ialah sebuah badan amanah yang ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussin, YAB Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 1 Muharam 1394, iaitu 25 Januari 1974 yang bertujuan menyelaraskan kegiatan badan-badan dakwah serta NGO agar berjalan seiring dan sejajar dengan dasar negara serta menjadi pemangkin ke arah penyebaran dakwah di Malaysia.
YADIM ialah sebuah badan amanah yang didaftarkan di bawah Trust Incorporation Ordinance 1952 yang bertanggungjawab secara langsung kepada YAB Perdana Menteri. Pengurusan YADIM bermula dengan Yang Dipertuanya yang pertamanya, iaitu Allahyarham Tan Sri Datuk Syed Nasir bin Ismail (Tun) dan diikuti oleh beberapa orang Yang Dipertua yang berkaliber, iaitu Allahyarham YBhg. Dato’ Seri Hj. Kamaruddin bin Hj. Mohd. Isa, YB. Dato’ Dr. Mohd Yusof bin Noor (Tan Sri), YBhg. Allahyarham Tan Sri Dato’ Ainuddin bin Abdul Wahid, YBhg. Dato’ Dusuki bin Hj. Ahmad, YB. Dato’ Dr. Abdul Hamid bin Othman (Tan Sri), YBhg. Datuk Hj. Mohd. Nakhaie bin Hj. Ahmad, YBhg Datuk Dr Hj. Aziz Jamaludin bin Mhd Tahir dan YB. Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B). Buat masa ini YADIM diterajui oleh YBhg. Dato' Dr Asyraf Wajdi Dato' Dusuki.
Setiap Yang Dipertua mempunyai idea, pendekatan visi dan misi yang tersendiri dalam menjadikan YADIM rakan pembinaan negara yang sentiasa mahu bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kebaikan dan masa depan agama, ummah dan negara.
Jawatan Kosong di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Malaysia (YADIM) - Closing Date 25 July 2014
Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia Malaysia (YADIM) dengan ini mempelawa
calon-calon daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi
kekosongan jawatan berikut di Pejabat YADIM Kuala Lumpur.
Jawatan Kosong Terkini 2014 di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Malaysia (YADIM)
Jawatan :
1. JURUTEKNIK KOMPUTER (FT17)
a) Taraf Jawatan : Kontrak
b) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
c) Gred dan Jadual Gaji : FT17 RM 952.66 (Minimum) – RM 3,299.86 (Maksimum)
SYARAT PERMOHONAN
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
i) Warganegara Malaysia;
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;
iii)
a) Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik
atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannnya oleh kerajaan; atau
b)
Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam
bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
c)
Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam
bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
d)
Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
e)
Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(vi)
Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
TUGAS DAN PERANAN:
i) Membantu memastikan rangkaian LAN berjalan dengan baik termasuk peralatan rangkaian router, modem dan sebagainya;
ii) Membantu menyenggara kemudahan infrastruktur teknologi yang dibekalkan;
iii) Menjalankan kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan komputer yang rosak;
iv) Melaksanakan kerja baik pulih, memeriksa, mencegah dan menyelenggara bagi semua peralatan/ perkakasan/ perisian;
v) Memasang dan menguji semua perisian atau program komputer yang diperlukan;
vi) Bertugas sebagai petugas teknikal seperti yang diarah oleh penyelia;
vii) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan YADIM dari semasa ke semasa;
viii)Melaksanakan
pengemaskinian dan menaik taraf perisian- perisian yang telah sedia ada
kepada versi perisian yang terbaru seperti windows update,patch,
antivirus dan lain-lain yang berkaitan
PERMOHONAN
a)
Borang permohonan jawatan boleh didapati daripada mana-mana pejabat
YADIM atau boleh didapati melalui laman web: www.yadim.com.my
b) Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan terang.
c) Semua borang permohonan hendaklah disertakan dengan resume,gambar
terkini berukuran pasport, sesalinan surat beranak, kad pengenalan,
sijil-sijil akademik dan persekolahan yang telah disahkan daripada
salinan asal.
d) Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada:
Yang Dipertua
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Kompleks Pusat Islam
Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur.
e) Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan diterima dan dipertimbangkan.
f) Tarikh tutup permohonan pada 25 Julai 2014 (Jumaat).
g) Sila tulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas atas kiri sampul.
CATATAN AM
a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan akan dipanggil temuduga
b) Sebarang tuntutan perbelanjaan adalah tanggungjawab pemohon sendiri
c)
Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan
dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak
berjaya