Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sabah - Closing Date 8 September 2014

Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sabah - Closing Date 8 September 2014

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) atau pada awalnya dikenali dengan nama The North Borneo (Public Service Commission) Order in Council 1963 telah ditubuhkan dan diwartakan pada 1 Mac 1963 dalam Warta Kerajaan Bil. S43/63. Selepas Negeri Sabah mencapai kemerdekaan melalui penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, maka pewujudan SPANS diperuntukkan di bawah Perkara 36(1) Perlembagaan Negeri Sabah. SPANS.Pelantikan Ahli-ahli SPANS diperuntukkan di bawah  Perkara 36(1) dan Perkara 36(2) Perlembagaan Negeri Sabah. Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah selepas berunding dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah boleh melantik seorang Pengerusi dan tidak kurang daripada 3 orang tetapi tidak melebihi 8 orang Ahli. Pada masa ini Ahli-ahli SPANS terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 7 orang Ahli.Bagi melicinkan proses tadbir urus, SPANS di bawah Perkara 37(7) Perlembagaan Negeri Sabah boleh mewakilkan mana-mana fungsinya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah. Bagaimanapun tanggungjawab mutlak (ultimate responsibility) masih terletak pada SPANS bagi menentukan perwakilan kuasa itu dilaksanakan dengan teratur. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-
Jawatan Kosong Terkini 2014 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Sabah

Jawatan:-

1. JURUUKUR BAHAN JA41

2. JURUTERA JA41

3. PEGAWAI LAUT AA41


CARA MEMOHON

Pemohonan hendaklah  dibuat  secara ONLINE SAHAJA    dengan  melayari Laman web
SPANS di alamat  http://www.jawatan.sabah.gov.my/  Kemudahan untuk memohon secara    
online ini  ada disediakan secara percuma di pejabat :

Urus Setia 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, 
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS, 
Peti Surat 10998,
88811 KOTA KINABALU.

4.1 Salinan    sijil  -    sijil   Asal   (sijil  lahir  /  kad    pengenalan    pemohon  /  kad
pengenalan kedua  ibubapa  [sijil mati jika berkaitan]  /  sijil-sijil akademik dan dokumen
- dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini  HANYA perlu dibawa
apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak

Tarikh Tutup Permohonan : 08 September 2014



Mohon Secara Dalam Talian (Online)