Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) - Closing Date 1 November 2014

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) - Closing Date 1 November 2014


Pelancaran perasmian penubuhannya disempurnakan oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia Ketiga pada 5 Mac 1978 bertempat di Kampung Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan. Penubuhan KESEDAR bertujuan mengimbangi komposisi penduduk di antara Kelantan Selatan dengan Kelantan Utara, membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Kawasan Kelantan Selatan merupakan kawasan yang berbukit-bukau dimana hampir 50% daripadanya mempunyai kecerunan lebih daripada 25° dan hanya 10% sahaja yang mempunyai kecerunan kurang daripada 15°. Walaupun mempunyai kawasan yang luas namun hanya 20% sahaja yang berpotensi untuk pembangunan sektor pertanian.
Kepentingan pembangunan di Wilayah Kelantan Selatan telah mendorong persekutuan menubuhkan KESEDAR supaya pembangunan dapat diseimbangkan antara wilayah di negara ini. KESEDAR merupakan Lembaga Kemajuan Wilayah yang keempat ditubuhkan selepas Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA-1971), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA-1972) dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH-1973).
Pusat pentadbiran pertama KESEDAR terletak di Tingkat 2, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Kota Bharu apabila Pengurus Besar pertama, YBhg. Dato' Ariffin bin Said melapor diri pada 1 Jun 1978. Akibat daripada penambahan bilangan pejabat yang berterusan maka KESEDAR telah mendapatkan Ibu Pejabat sementara yang terletak di Bangunan Lembaga Urusan Tabung Haji. Namun demikian, hasrat dan perancangan untuk membina bangunan ibu pejabat di Gua Musang telah diilhamkan oleh YBM. Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan Malaysia pada masa itu.
Kerja-kerja pembinaan kompleks Ibu Pejabat Ibu Pejabat KESEDAR telah bermula pada 16 Jun 1984 di atas kawasan seluas 16.06 hektar. Pembinaan kompleks ini bercirikan senibina tempatan dan keaslian Melayu lama, khususnya pada rekaan bumbung, dan penggunaan bahan-bahan keluaran tempatan. Kompleks ini telah siap dibina pada 30 Ogos 1986 dengan menelan belanja RM8.014juta.

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) - Closing Date 1 November 2014

KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KESEDAR BHD dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan berikut:-

Jawatan Kosong Terkini 2014 di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

Jawatan:-

1. EKSEKUTIF E1


Syarat Kelayakan:-

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur 35 dan ke atas

3. Sekurang-kurangnya mempunyai Diploma Perladangan dari Universiti Tempatan atau  Diploma yang setaraf dengannya

4. Berpengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang perladangan terutama pengurusan ladang sawit dan getah

5. Berkebolehan mengendalikan komputer terutama Microsoft Excel dan Microsoft Word

6. Boleh bekerja dibawah pengawasan yang minimum

7. Calon dikehendaki tinggal di kediaman yang disediakan oleh majikan

Catatan:-

1. Sila nyatakan jawatan disebelah kiri sampul surat

2. hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga

Permohonan:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar surat permohonan dan disertakan resume kepada Unit Kewagan dan Sumber Manusia di Pejabat Kesedar Perkilangan Sdn. Bhd di alamat

PENGURUS KEWANGAN DAN SUMBER MANUSIA
PT 9307 BANGUNAN KPSB
BANDAR BARU
18300 GUA MUSANG
KELANTAN

Tarikh Tutup : 01 November 2014