Jawatan Kosong Majlis Daerah Labis (MDL) - Closing 30 November 2014

Jawatan Kosong  Majlis Daerah Labis (MDL) - Closing 30 November 2014


MDL aslanya terdiri daripada 5 majlis tempatan: Bekok, Chaah, Sungai Karas, Ayer Panas dan Labis .
Kesemua Majlis Tempatan ini telah dicantumkan pada 1 Januari 1977 di bawah seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan-peruntukan Sementara) 1973 – Akta 124. Percantuman atau penyatuan ini telah diwartakan melalui Warta Kerajaan JPU 23 dan JPU 24. Satu Lembaga Pengurus telah dilantik bagi mentadbir kesemua Majlis Tempatan yang telah dicantumkan ini. Cantuman majlis-majlis tempatan ini dikenali dengan nama Majlis Daerah Labis. Percantuman ini dilakukan secara pentadbiran sahaja. Ia telah diurus oleh satu Lembaga Pengurus. Pewartaan di bawah seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 telah membenarkan MDL mencantumkan kesemua kawasannya dari segi fizikal pula iaitu dengan mengambil kira kawasan 1/2 batu (40 rantai) atau 0.8km daripada kiri kanan jalan utama sebagai MDL sebagaimana yang telah ditunjukkan melalui Pelan Warta 1265.

Pada masa yg sama MDL telah melebarkan perluasannya dengan menambah dua lagi dengan memasukkan kawasan Tenang Station dan Sawah Padi menjadikan 7 kawasan

Jawatan Kosong  Majlis Daerah Labis (MDL)
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Daerah Labis (MDL) sebagai:

1. Penolong Pegawai Penilaian W27
2. Pembantu Penilaian W17

Tarikh tutup permohonan pada 30 November 2014
Lokasi : Johor
Sektor : Kerajaan



CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Pejabat
Majlis Daerah Labis dengan harga RM1.00/set atau dengan mengemukakan sampul surat beralamat  sendiri dan bersetem RM0.60 beserta wang pos bernilai RM1.00.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH LABIS
85300 LABIS, JOHOR

 TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 30 NOVEMBER 2014
 (Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri sampul surat)

Muat turun iklan jawatan dan syarat permohonan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini