Jawatan Kosong Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) - Closing Date 15 June 2014

Jawatan Kosong Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) - Closing Date 15 June 2014


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ditubuhkan pada peringkat awalnya dengan nama Urusetia Majlis dengan tujuan untuk melancarkan perjalanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Ia diwujudkan pada 1 Februari 1974.

Apabila Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) ditubuhkan pada tahun 1978, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diletakkan di bawah Kementerian ini. Walaubagaimanapun, pada tahun 1987 Kementerian ini telah dimansuhkan. Maka, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah diletakkan pula di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sehingga kini. Pada peringkat awal operasi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hanya terdiri daripada beberapa unit kecil sahaja
Sejak awal penubuhannya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak pernah menoleh ke belakang malah terus berkembang hingga ke hari ini dengan kewujudan 2 cawangan iaitu Cawangan Labuan diwujudkan pada 16 April 1984 manakala Cawangan Putrajaya pula diwujudkan pada 1 Ogos 2001

Jawatan Kosong Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) - 15 June 2014

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia beragama Islam yang tinggal  berdekatan di sekitar Lembah Klang yang berkelayakan bagi mengisi jawatan seperti  berikut;

Jawatan Kosong Terkini 2014 di Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI)

Jawatan:-

1. PEGAWAI PENYELARAS PENTADBIRAN MASJID 
PERINGKAT DAERAH DAN SURAU


Cara Memohon : 
a. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan yang dikeluarkan oleh Jabatan. 

b. Calon-calon boleh memuat turun borang melalui laman sesawang Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atau link di bawah

c. Borang Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32sm x22sm. 

d. Borang Permohonan yang berikut akan ditolak :- 

• Tidak disertakan dengan dokumen sokongan yang diperlukan. 
• Tidak lengkap. 
• Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. 
• Tidak ditandatangani. 

PERMOHONAN HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA:- 

Ketua Penolong Pengarah Kanan 
Bahagian Pengurusan Kariah 
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, (JAWI), 
Aras 1, Menara Pusat Islam, 
Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, 
50676 KUALA LUMPUR 

Permohonan hendaklah sampai pada atau sebelum 15 June 2014