Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) - Closing Date 16 June 2014

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) - Closing Date 16 June 2014 

 

Majlis Agama Islam Melaka telah ditubuhkan pada 28 September 1960. Ia adalah bertujuan menguruskan hal ehwal Agama Islam Negeri Melaka di samping membantu dan menasihati Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong . Penubuhan Majlis Agama Islam Melaka diperkukuhkan berdasarkan enakmen penubuhan iaitu :

Enakmen Pentadbiran Agama Islam ( Negeri Melaka ) 2002 Seksyen 4 ceraian 1. Maka Hendaklah ada satu badan yang dikenali sebagai "Majlis Agama Islam Melaka" untuk membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara-perkara yang berhubung agama Islam.

Sebagai sebuah badan pembuat dasar Agama Islam Negeri Melaka, beberapa agensi / institusi Islam telah ditubuhkan seperti Jabatan Agama Islam, Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah dan anak-anak syarikat MAIM untuk melaksanakan segala keputusan atau dasar yang telah dibuat oleh MAIM
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-


Jawatan:-

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

2. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G27

3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17


Permohonan dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh di dapati di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), atau muat turun di bawah logo.


Tarikh tutup : 16 June 2014