Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Sepang - Closing Date 5 August 2014

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Sepang - Closing Date 5 August 2014

MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPSepang) merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk memberikan perkhidmatan perbandaran kepada semua warga Sepang. Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan, MAJLIS PERBANDARAN SEPANG bertanggungjawab terhadap perancangan, pembangunan dan khidmat masyarakat.

Pada mulanya MPSepang dikenali sebagai Lembaga Bandaran Sepang dan kemudian dikenali dengan nama Majlis Daerah Sepang. Kelulusan Pihak Berkuasa Negeri Selangor bertarikh 13hb November 2002 telah menaik taraf Majlis Daerah Sepang kepada Majlis Perbandaran Sepang. Perakuan Suruhanjaya Pilihanraya melalui surat bertarikh 7hb Mei 2003 turut dirujuk bagi kenaikan taraf ini. Pengesahan dari Kementerian Perumahan dan kerajaan Tempatan telah diperolehi pada 19 Mac 2004.

Majlis Perbandaran Sepang disahkan naik taraf pada 3hb Mac 2005. Kini keluasan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang meliputi keseluruhan kawasan Daerah Sepang iaitu seluas 56,150 hektar (jumlah keluasan yang dinyatakan tidak termasuk kawasan 3 batu nautikal dari tikas air surut).Upacara pengisytiharan gilang-gemilang dengan mengekalkan adat istiadat Melayu dilangsungkan penuh kemeriahan di Stadium Perbandaran Sepang yang telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 13hb Disember 2005. 

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Sepang - Closing Date 5 August 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

Jawatan Kosong Terkini 2014 di Majlis Perbandaran Sepang


Jawatan:-

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR & DESA JA29

3. PENOLONG JURUTERA JA29

4. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29

5. PENOLONG AKAUNTAN W27

6. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17

7. PEMBANTU TADBIR (UNDANG-UNDANG) L17

8. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17

9. PEMBANTU KESELAMATAN KP17

10. PEMANDU KENDERAAN H11

11. PEMBANTU AWAM H11


Tarikh Tutup: 05 August 2014