Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP) - Closing Date 1 August 2014

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP) - Closing Date 1 August 2014



Universiti Malaysia Pahang
Universiti Malaysia Pahang (UMP) adalah sebuah universiti teknikal yang ditubuhkan pada tahun 2002. UMP menawarkan pelbagai program teknikal berteraskan Kejuruteraan dan Teknologi. Dalam bidang penyelidikan pula, universiti memberi tumpuan kepada penyelidikan gunaan dan projek-projek industri dengan industri setempat bagi memperkayakan pengajaran dan pembelajaran di samping mempromosikan aktiviti-aktiviti pengkomersialan produk penyelidikan.

Kampus UMP di Pekan
Kampus tetap UMP kini telah mula beroperasi di Kuala Pahang, Pekan pada 27 Julai 2009. Pada masa ini, ia menempatkan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) dan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP). Kampus seluas 642 ekar ini boleh menampung sehingga 10,000 orang pelajar dan 2,000 orang staf.
 

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP) - Closing Date 1 August 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Malaysia Pahang UMP sebagai :-

Jawatan Kosong Terkini 2014 di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Jawatan :-

1. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41

Tangga Gaji RM2,146.00 (Minimum) - RM8,718.00 (Maksimum)


Kelayakan:-

(a) (i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji Permulaan : RM2,146.00) atau

(ii) ijazah sarjana muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji Permulaan : RM2,146.00) atau

(iii) ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji Permulaan : RM2,249.66) atau

(iv) ijazah Doktor Perubatan Veterinar oleh kerajaan daripada institusi institusipengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji Permulaan : RM2,561.00) atau

(v) ijazah sarjana dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji Permulaan : RM2,664.78) atau

(vi) ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang sains daripada institusiinstitusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan : RM2,976.11)

dan (b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


Syarat Lantikan Tambahan

Bagi jawatan yang ditawarkan di Jabatan Penyelidikan & Inovasi, Kampus Gambang.


Keutamaan kepada calon :

(a) mempunyai pengalaman kerja dalam bidang hortikultur/pertanian;

(b) memiliki Kepujian sekurang-kurangnya C6 dalam Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;

(c) mencapai sekurang-kurangnya CGPA 3.00 pada peringkat ijazah sarjana muda (tertakluk kepada budibicara Jawatankuasa Pemilih).

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum boleh ditetapkan oleh Pihak
Berkuasa Melantik UMP berasaskan pengalaman kerja atau kemahiran berkaitan.

SYARAT-SYARAT UMUM

Pemohon-pemohon yang memohon jawatan di atas adalah tertakluk kepada syaratsyarat
dalam skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan
yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

TARAF JAWATAN
Jawatan akan dilantik secara Tetap.

PERMOHONAN OLEH PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau
Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua
Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi
Tahunan tiga (3) tahun terakhir, salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan
ulasan majikan sama ada menyokong atau tidak permohonan selaras dengan
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan
Perkhidmatan) 2012, Para 18.

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berumur kurang
dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara Online dengan mengisi maklumat pemohon di
laman web rasmi UMP iaitu http://www.ump.edu.my. Calon diwajibkan mencetak

Surat Pengesahan Permohonan Online (Selepas tamat mengisi butiran
permohonan melalui web rasmi UMP). Permohonan yang tidak dibuat secara Online
melalui laman web rasmi UMP tidak akan dilayan.

Sila nyatakan jawatan yang dimohon di penjuru kiri muka hadapan sampul surat.

Permohonan yang lengkap berserta dengan salinan-salinan sijil akademik dan lain-lain
dokumen berkaitan hendaklah dihantar kepada :

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
LEBUHRAYA TUN RAZAK,
26300 GAMBANG, KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PERJAWATAN & CUTI BELAJAR)


CATATAN AM
(a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh
tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(c) Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu
dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN ATAS TALIAN

01 August 2014


TARIKH AKHIR PENERIMAAN DOKUMEN PERMOHONAN

Tarikh akhir penerimaan dokumen permohonan setelah mengisi maklumat di
laman web rasmi UMP, http://www.ump.edu.my adalah pada 8 Ogos 2014.


Mohon Secara Online di Sini