Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) - Closing Date 15 September 2014

Profile  Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Shah Alam ditadb​ir oleh Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA). Sebagai pentadbir ibu negeri Selangor maju, MBSA berusaha untuk mewujudkan  pembangunan perbandaran yang  seimbang dari segi sosial, alam sekitar dan ekonomi bagi kesejahteraan warganya.
MBSA bertanggungjawab memberikan perkhidmatan – perkhidmatan pembangunan perbandaran seperti perancangan, pembangunan, penyediaan kemudahan asas intrastruktur, pembersihan, kesihatan awam, tanah perkuburan, keindahan landskap, keceriaan bandar raya dan pelbagai lagi. 
Tugas MBSA  turut meliputi pembangunan insaniah dengan menganjurkan program –program kemasyarakatan berlandaskan konsep mesra rakyat untuk semua lapisan masyarakat, menyalurkan bantuan kemiskinan, bencana alam, membanteras gejala sosial serta membantu golongan ibu tunggal dan warga emas.

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) - Closing Date 15 September 2014

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Keutamaan akan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

Jawatan Kosong Terkini 2014 di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Jawatan:-

1. JURUAUDIT W4​1

​2. ​PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA ​JA29

​3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

​4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17

​5.​ PEMBANTU OPERASI N11


​​KLASIFIKASI PERKHIDMATAN

​​​JA​ ​-​ Perkhidmatan Kejuruteraan​
​N ​- Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
W - Perkhidmata​n Kewangan
​​S​​ - Perkhidmatan Sosial


​​SYARAT-SYARAT PERMOHONAN​

TERTAKLUK DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:

​Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini;
Permohonan daripada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan;
Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan;
Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat;
Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga(3) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

​​​PERMOHONAN

Borang (MBSA 1) boleh dibeli di Kaunter Bayaran (Tingkat G) Wisma MBSA dengan harga RM3.00 tunai/naskah.

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 1, Wisma MBSA, Peti Surat 7200
40706 Shah Alam, Selangor

Tarikh Tutup : 15 September 2014